HALAMAN UTAMA    WAWASAN    ORGANISASI    MIPR Portal    KERAJAAN BRUNEI    VERSI INGGERIS
 
   
 
 
 

 
 
PEMBANGUNAN AGRIBISNES

Bahagian Pembangunan Agribisnes bertanggungjawab didalam memberikan perkhidmatan dalam berkembangan agribisnes melalui beberapa peranan seperti berikut:-

  • Mewujudkan strategi agribisnes yang efektif sebagai panduan kearah memandu proses perkembangan agribisnes. Melalui perkhidmatan dokongan serta pembentukan polisis dan perundangan yang wajar akan membolehkan pergerakan stakeholder di dalam sektor agribisnes, dan menyediakan produk agri-makanan dorongan pasaran melalui proses akreditasi.
  • Untuk mengadakan program kewangan dan pelaburan awam dan swasta yang boleh meransang pertumbuhan dan mengembangmajukan lagi sektor agribisnes.
  • Untuk menggunakan sumber tenaga manusia secara maksima mengikut bidang masing-masing dan meningkatkan lagi kemampuan dan pengetahuan pegawai dan kakitangan supaya boleh memberikan perkhidmatan yang efektif menerusi struktur oranisasi yang cekap.
  • Untuk mengalih arah program dokongan pertanian dengan menjadikannya lebih berkesan kearah mendorong aktiviti-aktiviti agribisnes tanpa menjejaskan syarat-syarat perjanjian perdagangan antarabangsa.
  • Untuk mengembangluaskan skop fungsi pemasaran agar maklumat pasaran boleh dimanfaatkan bagi mengenalpasti produk yang kompetitif dan/atau mempunyai faedah berbanding di dalam pasaran tempatan dan luar. Negara serta kesesuaian produk berkenaan untuk pengeluaran/pemprosesan di dalam Negara; menawarkan sistem penyampian maklumat pemasaran yang efektif kepada pelanggan.
  • Untuk membentuk masyarakat agribisnes yang kukuh,
    berdayasaing dan berkembangmaju melalui latihan dan
    pembangunan kapasiti; dan memudahkan perantaraan,
    kerjasama dan perhubungan diantara stakeholders.

Fungsi utama Unit-Unit dibawah Bahagian Pembangunan Agrisnes adalah:

  • Pengurusan Pemasaran dan Maklumat – Mengumpul dan menganalisa maklumat-maklumat pemasaran, membuat penilaian pemasaran terhadap projek-projek pertanian,
    menyebarkan projek-projek tempatan dan antarabangsa yang berhubungkait dengan pertanian, mempromosikan pelaburan pertanian, membuat tinjauan dan kajian harga komoditi pertanian, menyelaras penyediaan dan pengeluaran buku perangkaan tahunan pertanian.
  • Khidmat Nasihat Agribisnes – Membantu menggalakkan penyertaan aktif usahawan pertanian, memudahkan usahawan sektor agribisnes untuk menceburi, membangun dan mengeksploitasi potensi sektor agribisnes, membantu meningkatkan dayasaing usahawan melalui pembangunan kapasiti, mewujudkan rangkaian kerjasama dan perhubungan
    diantara mereka, memberi khidmat nasihat/konsultasi serta taklimat berhubung dengan peluang dan informasi semasa
    agribisnes, bantuan kewangan dan jariang urusniaga dalam sektor agribisnes.
  • Rancangan Dokongan Pertanian – Mengenalpasti dan menguruskan Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP), memproses pengazetan tapak KKP, mengiklankan dan memantau tapak KKP, membantu jabatan-jabatan berkenaan dalam memberikan ulasan dan pandangan permohonan seperti Lesen pengambilan Pekerja Asing – Jabatan Buruh, Tanah LTS dan EDR – Jabatan Tanah, Projek-Projek Kerajaan – Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
  • Kemajuan Pertanian Daerah Brunei-Muara -
    Mengintegrasikan aktiviti pertanian dibidang tanaman dan ternakan dengan tujuan memperluaskan peluang-peluang pemasaran, meningkatkan keupayaan peladang dan
    menubuhkan ‘farmers field study’ mengikut keupayaan dan suasana pembelajaran peladang, mempromosi pelaburan dalam sektor pertanian, memantau dalam perlaksanaan projek pembangunan pertanian daerah, mengutip dan memproses data pertanian daerah, mengiatkan kemajuan pertanian daerah sebagai pusat sumber maklumat bagi penggalak agribisnes, memudah dan menyelaras pengagihan insentif pertanian.
  • Pembangunan Tanaman Hiasan dan Bunga-Bungaan – Memberi khidmat dokongan bagi kemajuan industri tanaman hiasan dan florikultur di Negara Brunei Darussalam dari segi meningkatkan kualiti hasil pengeluaran dan memperbanyakkan spesis tempatan dan hybrid melalui program-program latihan kepada pengusaha-pengusaha dibidang promosi dan pemasaran, mengeluarkan dan mengumpulkan spesis tanaman orkid tempatan/hybrid dan tanaman hiasan bagi kemudahan penyelidikan dan penilaian ke atas tanaman yang berpotensi untuk dibiakbakakan dan seterusnya dikomersilkan dan pembelajaran kepada penuntut dan generasi muda, mengumpulkan data maklumat mengenai industri florikultur bagi projek yang spesifik.
  • Kemajuan Pertanian Daerah Tutong – Mengintegrasikan aktiviti pertanian dibidang tanaman dan ternakan dengan tujuan memperluaskan peluang-peluang pemasaran, mengenalpasti dan membantu dalam pembangunan enterprise pertanian yang berpotensi, mempromosi pelaburan dalam sektor pertanian, memantau dalam perlaksanaan projek pembangunan pertanian
    daerah, mengutip dan memproses data pertanian daerah, mengiatkan kemajuan pertanian daerah sebagai pusat sumber maklumat bagi penggalak agribisnes, memudah dan menyelaras pengagihan insentif pertanian.
  • Kemajuan Pertanian Daerah Belait – Mengintegrasikan aktiviti pertanian dibidang tanaman dan ternakan dengan tujuan memperluaskan peluang-peluang pemasaran, mengenalpasti dan membantu dalam pembangunan enterprise pertanian yang berpotensi, mempromosi pelaburan dalam sektor pertanian, memantau dalam perlaksanaan projek pembangunan pertanian daerah, mengutip dan memproses data pertanian daerah, mengiatkan kemajuan pertanian daerah sebagai pusat sumber
    maklumat bagi penggalak agribisnes, memudah dan menyelaras pengagihan insentif pertanian.
  • Kemajuan Pertanian Daerah Temburong – Mengintegrasikan aktiviti pertanian dibidang tanaman dan ternakan dengan tujuan memperluaskan peluang-peluang pemasaran, mengenalpasti dan membantu dalam pembangunan enterprise pertanian yang berpotensi, mempromosi pelaburan dalam sektor pertanian, memantau dalam perlaksanaan projek pembangunan pertanian
    daerah, mengutip dan memproses data pertanian daerah, mengiatkan kemajuan pertanian daerah sebagai pusat sumber
    maklumat bagi penggalak agribisnes, memudah dan menyelaras pengagihan insentif pertanian.